Liga Super Malaysia Berita

JDT gagal catat kemenangan lagi, Kpah Sherman muncul wira Kedah

Johor Darul Ta’zim gagal mencatatkan kemenangan untuk dua perlawanan berturut-turut apabila sekadar seri 1-1 menentang KL City di Cheras.

Bojan Hodak sudah tentunya boleh berbangga dengan keputusan itu ke atas bekas pasukan kendaliannya.

Malah, KL mengejutkan pendahulu Liga Super apabila menjaringkan gol pendahuluan menerusi jaringan Romel Morales ketika masa tambahan separuh masa pertama.

Namun, JDT berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan kapten pasukan Hariss Harun hasil tendangan penjuru Nazmi Faiz pada minit ke-55.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan, menyaksikan JDT kini mengumpul 24 mata manakala KL di tempat ke-7 dengan 13 mata.

Dalam satu lagi perlawanan, Kedah mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut apabila menewaskan Melaka United 3-1 di Stadium Hang Jebat.

Kpah Sherman menjadi wira apabila menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-18 dan satu lagi pada minit ke-62 hasil kombinasi serangan bersama Kipre Tchetche.

Melaka menyamakan kedudukan pada minit ke-38 hasil sepakan penalti Stefan Nikolic.

Namun, tuan rumah tidak dapat menyekat kemaraan dua gol dari Kedah pada separuh masa kedua, termasuk gol sepakan deras kapten pasukan lawan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-86.

Kedah kini di tangga ke-2 liga dengan 23 mata, hanya beza satu mata dengan JDT, manakala Melaka kekal di tangga ke-8 dengan 10 mata selepas 11 perlawanan.