Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Esok Adalah Mimpi Buruk Buat Malaysia – Chatchai Budprom

Penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom menegaskan pasukan Malaysia perlu bersiap secara mental dan fizikal menjelang pertemuan dengan Gajah Perang pada perlawanan timbal balik aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzui 2018.

Thailand yang seri pada separuh akhir pertama di Kuala Lumpur Sabtu lalu mempunyai kelebihan apabila akan beraksi di halaman sendiri.

“Pada perlawanan pertama di Malaysia, mereka bermain dengan baik,” kata Chatchai. “Mereka meletakkan kami di bawah tekanan dan membuat kami merasa tidak selesa.

“Tetapi esok akan menjadi cerita yang berbeza. Apabila pasukan Malaysia tiba, mereka akan mengetahui bahawa ini adalah Thailand – tanah Gajah Perang.

“Hari ini, saya harap rakyat Malaysia mempunyai tidur malam yang baik kerana esok akan menjadi mimpi buruk bagi mereka.”

Manakala bagi pengendali Thailand pula, beliau tidak mahu terlalu yakin dan menegaskan bahawa pasukan beliau tetap bakal menghadapi cabaran kerana pasukan Harimau Malaya hanya perlu mendapat keputusan seri jika mahu layak.

“Pasukan sudah bersedia,” kata Rajevac. “Kami mempunyai separuh masa pertama di Malaysia, separuh lagi di Bangkok. Pasukan Malaysia mendapat sokongan hebat daripada peminat mereka pada perlawanan pertama. Kami juga akan mendapat sokongan hebat pada perlawanan esok dari penyokong kami.”

Beberapa skuad Thailand sudah memenangi pingat tetapi Rajevac percaya tidak kira sama ada mereka akan mendapat gelaran pertama, kedua atau ketiga, sikap pemain adalah sama.

“Semua orang tahu tentang cabaran dan mengetahui tugas itu,” katanya. “Kami tahu betapa pentingnya Piala Suzuki AFF bagi Thailand. Semua orang bersedia dan bermotivasi.”