Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Tan Cheng Hoe Mahu Pemain Kekal Fokus 90 Minit Perlawanan

Pengendali Malaysia, Tan Cheng Hoe percaya dengan kemampuan anak buahnya yang bakal beraksi pada perlawanan timbal balik separuh akhir kedua esok di Stadium Rajamanggala.

Biarpun bakal bermain dihadapan penyokong pasukan lawan, beliau berharap agar setiap pemain kekal fokus dan meneruskan momentum yang sama.

Bagi bekas pengendali Kedah ini, biarpun pasukannya gagal menjaringkan sebarang jaringan pada perlawanan pertama tetapi jika kesemua pemain hadir dengan motivasi serta disiplin yang tinggi, keputusan positif dalam dikecapi.

“Di Malaysia, pemain memainkan salah satu perlawanan terbaik dan kami berharap dapat meneruskan momentum yang sama, keazaman yang sama dan keinginan yang sama.

“Sudah tentu, kami terlepas beberapa peluang tetapi saya yakin kami dapat melakukannya dengan baik pada perlawanan esok dan mendapat keputusan positif.

Beliau yang pernah memenangi Piala AFF sewaktu menjadi penolong jurulatih dibawah kendalian K. Rajagopal turut mengegaskan bahawa pemain pertahanan perlu sentiasa berada tahap yang terbaik bagi mengekang serangan daripada penyerang Thailand.

“Kami tahu Thailand mempunyai serangan yang sangat kuat dalam kejohanan ini dan menjaringkan 14 gol di Rajamangala. Saya mahu para pemain menjadi sangat baik dari segi mental dan fizikal dan kita perlu fokus sepenuhnya untuk 90 minit untuk menghentikan mereka. ”

Malaysia yang berada di ranking yang jauh lebih buruk daripada Thailand bakal menganggap kejohanan ini sebagai sebuah batu loncatan untuk pasukan negara.

Tan Cheng Hoe menjelaskan bahawa pasukan yang dibina daripada segi pengalaman dan keinginan untuk menang sedang bergerak pada satu landasan yang tepat.

“Kami telah membuat satu langkah besar ke hadapan,” katanya. “Ini adalah pemain muda dengan beberapa pemain senior yang telah menunjukkan motivasi yang sangat baik untuk mencapai tahap ini. Pada masa akan datang, kita pasti perlu bertambah baik. Saya pasti kita boleh bergerak maju dan menjadi lebih baik dan lebih baik. “