Piala Dunia 2018 Santai

5 inspirasi rambut ‘blonde’ Javier Chicharito Hernandez?

Perlawanan pusingan 16 Piala Dunia 2018 di antara Brazil dan Mexico berkesudahan dengan skuad Selecao menang 2-0 ke atas pasukan El Tri.

Disebalik kemenangan Brazil yang bertunjangkan prestasi terbaik Neymar Jr selain daripada lakonan mantap olehnya di atas padang, terdapat satu lagi perkara yang menarik perhatian ramai.

Ia adalah Javier Hernandez yang mewarnakan rambutnya dengan warna ‘blonde’. Namun begitu, dia tidak keseorangan dalam perkara ini. Turut sama melakukan perkara tersebut ialah Miguel Layun dan Carlos Salcedo.

Tiada sebarang penjelasan yang diberikan oleh ketiga-tiga pemain utama Mexico ini, dan perkara tersebut mengundang pertanyaan peminat bola sepak. Apakah mereka bersolidariti terhadap seseorang insan atau sesuatu perkara? Atau sekadar menggayakan fesyen rambut?

Adakah anda mengetahui mana-mana pemain bola sepak lain yang mewarnakan rambut mereka dengan warna ‘blonde’ seperti mana tiga pemain ini?

Disini kami tampilkan 5 pemain yang mewarnakan rambut dengan warna ‘blonde’:

Aaron Ramsey 2016

Pemain Arsenal yang juga pemain antarabangsa Wales melakukan perkara demikian ketika kempen Euro 2016.

Paul Gascoigne 1996

Pemain tengah antarabangsa England pernah melakukan perkara yang sama dengan Chicharito. Beliau mewarnakan rambutnya dengan warna ‘blonde’ ketika kempen Euro 1996.

Lionel Messi 2016

Lionel Messi mewarnakan rambutnya dengan warna ‘blonde’ sekitar tahun 2016 setelah tewas kepada Chile dalam saingan Copa America. Hal itu dinyatakan beliau sebagai tanda untuk memulakan semula aksinya ‘bermula daripada kosong’.

Neymar Jr 2016

Bekas rakan sepasukan Lionel Messi di Barcelona lain pula kisahnya. Jika Lionel Messi mewarnakan rambutnya dengan ‘blonde’ kerana kekalahan aksi perlawanan akhir, Neymar pula mewarnakan rambutnya atas kejayaan Brazil mendapat pingat emas semasa Sukan Olimpik 2016.

Romania Piala Dunia 1998

Ini adalah yang paling ‘rare’. Pasukan Romania sebulat suara mewarnakan rambut ‘blonde’ ketika kempen Piala Dunia 1998. Menariknya, mereka juga terkeluar pada pusingan 16 kepada Croatia seperti pasukan Mexico.