Piala Dunia 2018 Santai

Kenali Takashi Inui – ‘Late boomer’ negara matahari terbit, Jepun

Takashi Inui menjaringkan satu gol cantik ketika menentang Belgium pada saingan pusingan 16 pada kempen Piala Dunia 2018. Gol tersebut memberikan Jepun mendahului dengan 2-0.

Sebelum itu, dia juga telah menjaringkan satu gol dengan bola lencong ketika bertemu Senegal dalam saingan peringkat Kumpulan H. Gol tersebut memberikan mereka skor penyamaan 1-1 sebelum permainan berkesudahan dengan 2-2.

Siapakah Takashi Inui ini? Tidak pula kelihatan nama ini meniti di bibir peminat bola sepak, seperti mana Keisuke Honda. Malah, kelibatnya di Piala Dunia 2010 dan 2014 juga tidak kelihatan.

Lebih mengejutkan, pemain ini sebenarnya berkelana di eropah semenjak tahun 2011 lagi. Akan tetapi, kelab manakah beliau bermain?

Disini adalah beberapa perkara tentang ‘late boomer’ Takashi Inui:

Alkisah tentang Takashi Inui

Takashi Inui dilahirkan pada 2 Jun 1988 dan kini berusia 30 tahun. Bermain sebagai pemain sayap dan pemain tengah menyerang, dia dilahirkan di Omihachiman, Jepun. Pemain berkaki kanan ini mempunyai ketinggian 1.70m.

Kisah di Jepun

Sebelum berkelanan di bumi eropah, Takashi Inui memulakan kerjayanya di tanah kelahirannya, Jepun. Mula bermain bersama Yokohama F. Marinos bermula tahun 2007. Kelab tersebut merupakan kelab yang bermain di Liga J1. Kemudiaanya dipinjamkan ke Cerezo Osaka pada tahun 2008 dan dibeli pada tahun 2009.

Mula berkelana di eropah

Tahun 2011 merupakan tahun bermulanya Takashi Inui keluar dari tanah kelahirannya untuk ke eropah. Kelab yang mendapatkan khidmat pemain Jepun ini adalah Vfl Bochum yang bermain di Bundesliga2. Namun, dia hanya kekal selama semusim sahaja disitu sebelum kelab Eintracht Frankfurt mendapatkannya untuk bermain di Bundesliga.

Sepanyol destinasi seterusnya

Setelah beberapa musim di Jerman, sebuah kelab kecil di Sepanyol yang baru sahaja dipromosikan ke La Liga menyunting beliau. Kelab tersebut adalah SD Eibar yang berpengkalan di Eibar, sebuah wilayah yang berhampiran dengan sempadan Perancis.

Debut Samurai Biru

Melakukan penampilan pertama bersama skuad kebangsaan Jepun pada Januari 2009. Takashi Inui masuk pada minit ke-79 menggantikan Tatsuya Tanaka ketika bertemu Yaman. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan Jepun menang 2-1 ke atas Yaman. Ketika itu, dia berumur 20 tahun.

Gol pertama bersama Jepun

Gol pertamanya bersama skuad Samurai Biru direkodkan pada November 2014 ketika bertemu Honduras dalam perlawanan persahabatan. Ketika itu, Takashi Inui dimasukkan pada minit ke-46 menggantikan Yoshinori Muto dan menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut.

Bukan skuad 2011 Piala Asia

Walaupun dilihat prestasinya ketika Piala Dunia 2018 amat memberangsangkan, Takashi Inui bukanlah sebahagian daripada skuad yang menjuarai Piala Asia 2011 sepertimana penjaga gol Eiji Kawashina dan pemain tengah, Keisuke Honda. Selain itu, dia juga tidak menyertai Piala Dunia 2010 dan 2014. Penampilan beliau bersama Jepun setakat ini adalah 31 penampilan.