Buat pertama kali dalam sejarah, Piala Sumbangsih 2024 dibatalkan susulan penarikan diri Selangor.
Tindakan penarikan diri itu dibuat Selangor selepas MFL tetap mahu meneruskan perlawanan tersebut meskipun pemain Selangor, Faisal Halim diserang asid sehingga berpotensi akan menjejaskan kariernya.
“Perlawanan Piala Sumbangsih terpaksa dibatalkan selepas Selangor membuat keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan itu,” kata MFL.
“Ini sekali gus menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat 3 mata bagi perlawanan pertama Liga Super.”
Kata MFL, tindakan penarikan diri Selangor akan dibawa ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya.