Felda United berdepan risiko tidak dapat beraksi ditempat sendiri – Stadium Tun Razak, Jengka, kerana tidak memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh AFC.
2 perkara utama yang menjadi isu adalah:
1)Lokasi Stadium
- Lokasi Stadium Tun Razak yang berada di Jengka itu, mempunyai jarak kira-kira 230km dari lapangan terbang antarabangsa KLIA.
- Dari segi masa perjalanan pula, ia mengambil kira-kira 2 jam 45 minit.
- Mengikut syarat yang ditetapkan oleh AFC Stadia Regulations for ACL & AFC Cup, sesebuah stadium itu perlu berada dalam radius 200 km dari lapangan terbang antarabangsa dan masa perjalanan tidak melebihi 2 jam 30 minit ( 150 minit ).
- ATAU, mempunyai sebuah lapangan terbang domestik yang mempunyai frekuensi ‘connecting flight’ sekurang-kurangnya 4 kali sehari ke lapangan terbang antarabangsa. Lapangan terbang Kuantan pula berjarak 110 km dengan masa 1 jam 30 minit, namun hanya mempunyai frekuensi penerbangan ke KLIA sebanyak 3 kali sehari.
2) Kemudahan Penginapan.
- Berdasarkan Syarat 35, Perkara 35.2.1 dalam AFC Cup 2017 Competition Regulations, tuan rumah perlu kemudahan penginapan hotel yang mempunyai rating antarabangsa 5 bintang kepada pasukan pelawat. ATAU kemudahan hotel 4 bintang jika tiada sebarang hotel rating 5 bintang dikawasan tersebut.
- Sekurang-kurangnya 9 bilik ‘double’, 8 bilik ‘single’, 1 bilik tambahan sebagai store/ medikal serta 1 dewan taklimat perlu ditempah untuk kemudahan pelawat.
- Disekitar Jengka, TIADA kemudahan hotel seperti yang ditetapkan oleh AFC diatas. Hanya hotel bertaraf 3 bintang sahaja ada disekitar Jengka, itupun di Jerantut 30km dari stadium.
Keputusan samada Stadium Tun Razak dapat digunakan dalam pertandingan AFC Cup 2017 oleh Felda United akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan AFC dalam masa terdekat.
Namun, Datuk Windsor John, Setiausaha Agung AFC, membayangkan Felda United terpaksa menggunakan stadium lain bagi menggantikan Stadium Tun Razak sebagai Home venue, disebabkan masalah seperti diatas.