AFC Cup

Rasmi: Format Baru Kejohanan AFC Cup 2017

afc_logo_blue_8x4

AFC telah mengeluarkan secara rasmi format baru kejohanan AFC Cup 2017 seperti yang telah dilaporkan sebelum ini dalam artikel AFC Mencadangkan Format Baru AFC Cup Mulai Tahun 2017 .

Kami cuba untuk menerangkan berkenaan format baru ini dengan lebih jelas seperti dibawah.

2016-11-26_9-38-44

1) Zonal

AFC telah memutuskan untuk membahagikan negara-negara bertanding kepada 5 Zonal berbanding 2 Zonal sebelum ini

  • West Zone: Iraq, Syria, Kuwait, Jordan, Bahrain, Lebanon, Oman, Palestin, Yemen
  • ASEAN Zone: Malaysia, Vietnam, Indonesia, Myanmar, Philippines, Singapore, Laos, Kemboja
  • Central Zone: Tajikistan, Turkmenistan, Kyrgystan, Afganistan
  • East Zone: Korea Utara, Macau, Chinese Taipei, Guam, Mongolia
  • South Zone: India, Bangladesh, Bhutan, Maldives, Nepal, Sri Lanka

 

2) Bilangan Pasukan 

AFC telah menetapkan 9 buah kumpulan, 4 pasukan setiap kumpulan bagi setiap zone seperti dibawah.

  • West Zone: 3 kumpulan, 4 pasukan setiap kumpulan.
  • ASEAN Zone: 3 kumpulan, 4 pasukan setiap kumpulan.
  • Central Zone: 1 kumpulan, 4 pasukan.
  • South Zone: 1 kumpulan, 4 pasukan.
  • East Zone; 1 kumpulan, 4 pasukan.

Keseluruhannya, 36 buah pasukan akan bertanding dalam AFC Cup 2017.

 

3) Pusingan Kalah Mati

Bagi West zone dan ASEAN Zone, 4 pasukan akan layak ke peringkat Zonal Semi Final.

  • Juara setiap kumpulan layak ke Zonal Semi Final
  • Naib Juara Terbaik dari 3 kumpulan setiap Zone layak ke Zonal Semi Final
  • Bagi West Zone: Juara Zonal akan layak ke Final AFC Cup 2017.
  • Bagi ASEAN zone: Juara Zonal layak ke peringkat Inter Zone Play Off.

Bagi zone lain, juara kumpulan adalah wakil zonal masing-masing ke peringkat Inter-Zone Play Off. Juara Inter Zone Play Off akan bertemu Juara West Zone di peringkat akhir AFC Cup 2017.

4) Jumlah Perlawanan

Mengambil contoh wakil Malaysia dalam AFC Cup 2017 – JDT atau Felda United.

  • Peringkat Kumpulan: 3 perlawanan home & 3 perlawanan away. Jumlah 6 perlawanan.
  • Zonal Semi Final: Perlawanan timbal balik ( Home & Away ). Jumlah 2 perlawanan
  • Zonal Final: Perlawanan timbal balik ( Home & Away ). Jumlah 2 perlawanan
  • Inter Zone Semi Final: Perlawanan timbal balik ( Home & Away ). Jumlah 2 perlawanan
  • Inter Zone Final: Perlawanan timbal balik ( Home & Away ). Jumlah 2 perlawanan
  • AFC Cup Final: 1 perlawanan

Jika JDT atau Felda United layak ke peringkat akhir, mereka akan bermain 15 perlawanan.

Pasukan dari ASEAN zone merupakan paling banyak bermain jika layak ke AFC Cup Final. Manakala pasukan dari zon lain hanya akan beraksi maksimum 11 perlawanan sahaja.

Berikut adalah carta aliran bagi kejohanan AFC Cup 2017 mengikut format baru.

afc-cup-2017-flow

5) Hadiah Kemenangan & Subsidi Perjalanan

Setiap pasukan yang beraksi ditempat lawan ( away match ) akan menerima subsidi perjalanan sebanyak USD20,000 setiap pasukan bagi setiap peringkat AFC Cup 2017.

Juara AFC Cup 2017 akan menerima USD 1,000,000 manakala naib juara pula USD 500,000.

Bagi setiap pasukan yang menjuarai Zone masing-masing akan menerima USD 100,000.

Tiada ‘Participation Fee’ dan ‘ Performance Bonus’ akan diberikan kepada pasukan bertanding dalam AFC Cup 2017.

 

Rumusan:

  • Wakil ASEAN akan bermain maksimum 15 perlawanan – paling banyak berbanding zone lain dengan hanya 11 perlawanan maksimum.
  • Juara West Zone akan terus mara ke perlawanan akhir AFC Cup 2017 tanpa melalui Inter Zone Play Off.
  • Juara Zonal ASEAN akan beraksi dalam Inter Zone Play Off dengan Juara dari South Zone, Central Zone & East Zone, bagi menentukan pasukan mana akan layak ke AFC Cup Final.

Untuk rujukan lebih mendalam, sila rujuk ke AFC Cup 2017 Competition Regulations.