Luar Negara Berita

Nasib Solari Masih Jadi Tanda Tanya

Setelah mengalami nasib malang minggu lalu apabila tewas dua kali di tangan Barcelona pada aksi La Liga dan Copa del Rey, selepas itu disingkirkan oleh Ajax dalam Liga Juara-Juara. Real Madrid akhirnya berjaya mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas Real Valladolid awal pagi tadi.

Biarpun menang besar pada aksi La Liga semalam, Santiago Solari masih belum boleh berpuas hati dengan masa hadapan beliau masih menjadi tanda tanya.

Ketika ditanya wartawan mengenai masa hadapan beliau, Solari berkata ; “Saya tidak boleh jawab. Esok kami ada sesi latihan dan itulah yang saya beri tumpuan.”

Real Madrid terpaksa bekerja keras pada perlawanan pagi tadi apabila Anuar Tuhami meletakkan Real Valladolid dihadapan pada aksi babak pertama sebelum Karim Benzema menjaringkan dua gol dan dua lagi gol daripada Raphael Varane dan Luka Modrid.

Real kekal di tangga ketiga La Liga, 12 mata di belakang Barcelona dan lima mata di belakang Atletico.