Santai Luar Negara

Senarai bola-bola rasmi yang digunakan di pentas Piala Dunia

Piala Dunia 2018 akan bermula tidak lama lagi dan ersi-jersi negara peserta sememangnya menjadi perhatian buat semua peminat bola sepak.

Namun terdapat satu aspek yang tidak boleh diabaikan, iaitu bola yang digunakan. Berikut adalah senarai bola rasmi dalam sejarah saingan Piala Dunia.

Telstar (Piala Dunia 1970, Mexico)

Bola rasmi pertama di Piala Dunia dicipta oleh Adidas. Telstar menjadi bola pertama yang menggunakan corak 32 panel. Warna hitam putih digunakan untuk membantu penonton yang menyaksikan perlawanan menerusi televisyen hitam putih.

Foto: worldcupballs.info

Telstar Durlast (Piala Dunia 1974, Jerman Barat)

Versi pembaharuan dari Telstar. Terdapat dua bola yang digunakan ketika Piala Dunia 1974. Bola pertama menggunakan warna yang sama dengan edisi sebelumnya manakala satu lagi bola diwarnakan putih dan diberi nama Adidas Cile.

Foto: worldcupballs.info

Tango Durlast (Piala Dunia 1978, Argentina)

Tango Durlast menggunakan corak 20 panel dengan triad yang membentuk ilusi 12 lingkaran. Corak bola ini digunakan pada lima bola yang seterusnya.

Tango Espana (Piala Dunia 1982, Spanyol)

Tango Espana (Piala Dunia 1982, Sepanyol)

Tango Espana menjadi bola pertama yang tahan air dengan kualiti yang baik. Bola ini juga menjadi bola terakhir yang menggunakan bahan asli di Piala Dunia.

Foto: SoccerBallWorld.com

Azteca (Piala Dunia 1986, Meksiko)

Azteca (Piala Dunia 1986, Mexico)

Azteca menjadi bola pertama yang menggunakan bahan sintetik. Ia juga memiliki bahan tahan hujan dan corak gambar yang diinspirasi daripada Aztec.

Foto: worldcupballs.info

Etrusco (Piala Dunia 1990, Itali)

Bola pertama yang menggunakan lapisan dalam dengan bahan black polyurethane foam. Nama dan corak gambar Etrusco diambil dari sejarah Itali serta seni Etruria, kawasan tengah Itali.

Foto: worldcupballs.info

Questra (Piala Dunia 1994, Amerika Syarikat)

Questra dibuat lebih tahan air dan lembut, memiliki kepantasan yang lebih baik ketika ditendang dan lebih mudah untuk dikuasai.

Foto: worldcupballs.info

Tricolore (Piala Dunia 1998, Perancis)

Bola pertama yang menggunakan warna selain hitam dan putih. Sama seperti namanya, Tricolore memiliki corak tiga warna yang melambangkan bendera Perancis.

Foto: worldcupballs.info

Fevernova (Piala Dunia 2002, Korea dan Jepun)

Fevernova mempunyai corak yang berbeza berbanding edisi sebelumnya. Pemilihan warna yang digunakan menerima inspirasi daripada budaya benua Asia.

Teamgeist (Piala Dunia 2006, Jerman)

Kembali menggunakan corak yang berbeza, Teamgeist juga mempunyai warna berdasarkan bendera Jerman. Teamgeist  yang digunakan ketika final memiliki warna emas seperti trofi Piala Dunia.

Jabulani (Piala Dunia 2010, Afrikat Selatan)

Jabulani menjadi bola rasmi Piala Dunia yang memiliki beberapa masalah. Penjaga gol yang beraksi di Piala Dunia 2010 mengeluh apabila memikirkan kualiti bola yang sukar untuk dihalang.

Brazuca (Piala Dunia 2014, Brazil)

Persetujuan beberapa pihak diambil untuk memilih nama bola ini. Nama Brazuca dipilih oleh sejuta lebih dan nama tersebut digunakan untuk bola rasmi Piala Dunia 2014.

Telstar 18 (Piala Dunia 2018, Russia)

Bola rasmi yang akan disaksikan di Piala Dunia 2018 nanti. Adidas kembali menggunakan nama Telstar, namun bercirikan corak yang berbeza serta unik berbanding sebelumnya.