Liga M3 Berita

Status Perlis United dikaji semula

Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM, Firdaus Mohamed mendedahkan pihaknya sedang menyiasat status pasukan Liga M3, Perlis United yang disyaki dikendalikan oleh Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

Ini selepas PFA digantung dua tahun oleh FIFA ekoran kegagalan menyelesaikan tunggakan gaji dan pemain sekali gus dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti bolasepak.

Awal musim ini, MFL memberi kebenaran kepada pasukan Tambun Tulang FC untuk beraksi dalam Liga M3, sebelum menukar nama kepada Perlis United.

Bagaimanapun, status pasukan itu akan dikaji semula selepas pengelolaan Liga M3 kini berada dibawah FAM.

“PFA sedang menjalani penggantungan dua tahun jadi mereka tidak boleh terlibat dengan bolasepak,” katanya kepada NST.

“Kami tidak pasti bagaimana Perlis United boleh dibenarkan beraksi dalam Liga M3.

“Walaubagaimanapun, kita akan meneliti dari pelbagai sudut sebelum musim baharu bermula, kita akan semua perkara.”

Pada masa sama, Firdaus menganggap proses penswastaan dan pemisahan persatuan bolasepak kepada kelab bolasepak amat penting bagi memastikan kes seperti Perlis tidak akan berlaku pada masa akan datang.

“Jika sesebuah pasukan gagal mendapatkan lesen, pasukan itu tidak akan dibenarkan beraksi dalam Liga Malaysia, meskipun sudah melengkapkan proses penswastaan.”