
Sebanyak 13 kelab iaitu 11 kelab Liga Super dan 2 pasukan AFL A1 telah berjaya memperoleh Lesen Kebangsaan sekali gus layak bersaing dalam Liga Super bagi musim 2025-2026.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat FIB Pelesenan Kelab Malaysian Football League (MFL) pada 13 Mei 2025 yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif.
8 kelab Liga Super yang telah diberikan Lesen Kebangsaan oleh FIB ialah Johor Darul Ta’zim (JDT) Selangor, Penang, Kuching City, Sabah, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.
Namun begitu, 3 kelab diberikan Lesen Kebangsaan dengan ‘sanction’ adalah Kuala Lumpur City, Kelantan Darul Naim, dan PDRM FC.
3 kelab itu perlu mengemukakan maklumat kewangan tambahan bagi memenuhi Kriteria Kewangan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2025.
Kegagalan mematuhi ketetapan itu dalam tempoh masa yang ditetapkan boleh menyebabkan lesen kebangsaan ditarik balik oleh FIB.
FIB turut mengesahkan 2 kelab Liga Super, iaitu Kedah dan Perak gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan selepas permohonan mereka tidak memenuhi kriteria kewangan yang ditetapkan.
2 kelab daripada AFL A1 iaitu Melaka dan Imigresen FC juga berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan apabila permohonan Lesen Kebangsaan Luar Biasa telah diluluskan oleh FIB.