
Hector Bidoglio membuat keputusan untuk meninggalkan JDT selepas 3 tahun bersama juara bertahan Liga Super itu.
Jurulatih berusia 57 tahun dari Argentina itu menyertai JDT sebagai ketua jurulatih pada pertengahan musim 2022 sebelum menjawat peranan pengarah teknikal pada 2023, dan kemudiannya kembali sebagai ketua jurulatih untuk musim 2024-25
“JDT mengucapkan terima kasih kepada Hector Bidoglio atas komitmen tidak berbelah bahagi dan khidmat yang diberikan kepada kelab sejak menjadi sebahagian daripada keluarga JDT pada 2022,” kata laman rasmi JDT Johor Southern Tigers.
“Kami mengucapkan selamat maju jaya untuk masa depan beliau.”
JDT akan mengumumkan ketua jurulatih baharu dalam masa terdekat.
REKOD HECTOR BIDOGLIO
2x Liga Super
2x Piala FA
2x Piala Malaysia
1x Piala Sumbangsih