Liga Super Malaysia Berita

JDT, Selangor layak beraksi Kejohanan Kelab ASEAN musim 2025-2026

JDT selaku juara Liga Super 2024-2025 bakal bersaing dalam ACL Elite manakala naib juara Liga Super, Selangor bakal berentap dalam ACL2.

Bagaimanapun, sedikit perubahan bagi Kejohanan Kelab ASEAN apabila AFF selaku badan pengelola telah menetapkan 2 slot ke kejohanan itu adalah juara liga dan juara pertandingan berformat kalah mati iaitu Piala FA.

Maka, Ahli Lembaga Pengarah MFL mengesahkan slot itu akan diberikan kepada JDT selaku juara Liga Super dan Piala FA manakala satu lagi slot kepada Selangor selaku naib juara Liga Super.