AFC Cup

AFC Cup 2017:Bagaimana Laluan JDT Dan Felda United Jika Layak Ke Pusingan Kalah Mati

Dalam AFC Cup edisi 2017 ini, berdasarkan format baru yang diperkenalkan ia telah mengakibatkan wakil ASEAN akan beraksi dalam 15 perlawanan secara keseluruhan untuk bergelar juara AFC Cup 2017.

Bagaimana format baru AFC Cup 2017?

Mungkin ada yang masih lagi kurang faham bagaimana format pertandingan AFC Cup 2017, boleh cuba baca apa yang kami cuba sampaikan. Mohon rujuk kepada imej grafik untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

 

1) Dipecahkan kepada 5 buah Zone

AFC telah memutuskan untuk membahagikan negara-negara bertanding kepada 5 Zone berbanding 2 Zone sebelum ini

  • West Zone: Iraq, Syria, Kuwait, Jordan, Bahrain, Lebanon, Oman, Palestin, Yemen
  • ASEAN Zone: Malaysia, Vietnam, Indonesia, Myanmar, Philippines, Singapore, Laos, Kemboja
  • Central Zone: Tajikistan, Turkmenistan, Kyrgystan, Afganistan
  • East Zone: Korea Utara, Macau, Chinese Taipei, Guam, Mongolia
  • South Zone: India, Bangladesh, Bhutan, Maldives, Nepal, Sri Lanka

 

2) Bilangan Pasukan 

AFC telah menetapkan 9 buah kumpulan, 4 pasukan setiap kumpulan bagi setiap zone seperti dibawah.

  • West Zone: 3 kumpulan, 4 pasukan setiap kumpulan.
  • ASEAN Zone: 3 kumpulan, 4 pasukan setiap kumpulan.
  • Central Zone: 1 kumpulan, 4 pasukan.
  • South Zone: 1 kumpulan, 4 pasukan.
  • East Zone; 1 kumpulan, 4 pasukan.

Keseluruhannya, 36 buah pasukan akan bertanding dalam AFC Cup 2017.

 

3) Pusingan Kalah Mati

Bagi West zone dan ASEAN Zone, 4 pasukan akan layak ke peringkat Zonal Semi Final.

  • Juara setiap kumpulan layak ke Zone Semi Final
  • Naib Juara Terbaik dari 3 kumpulan setiap Zone layak ke Zone Semi Final
  • Bagi West Zone: Juara Zone akan layak ke Final AFC Cup 2017.
  • Bagi ASEAN zone: Juara Zone layak ke peringkat Inter Zone Play Off.

Bagi menentukan lawan pada peringkat Zone Semi Final, ia akan ditentukan berdasarkan pasukan tempat ke 2 terbaik, seperti dibawah.

i) Jika pasukan ke 2 terbaik dari kumpulan F:  Juara kumpulan F vs Juara kumpulan H & Naib Juara kumpulan F vs Juara kumpulan G
ii) Jika pasukan ke 2 terbaik dari kumpulan G: Juara kumpulan G vs Juara kumpulan F & Naib Juara kumpulan G vs Juara kumpulan H
iii) Jika pasukan ke 2 terbaik dari kumpulan H: Juara kumpulan H vs Juara kumpulan G & Naib Juara kumpulan H vs Juara kumpulan F.

Pengiraan bagi menentukan pasukan mana akan layak melalui Naib Juara terbaik juga ada sedikit perubahan kerana kumpulan H hanya mempunyai 3 pasukan. Jadi, pengiraan penentuan Naib Juara terbaik dari kumpulan F dan G tidak akan mengambil kira mata perlawanan bertemu pasukan tempat terakhir kumpulan F dan G.

Undian untuk Zone Final akan dibuat pada bulan Jun 2017.

Bagi zone lain, juara kumpulan adalah wakil zone masing-masing ke peringkat Inter-Zone Final. Juara Inter Zone  akan bertemu Juara West Zone di peringkat akhir AFC Cup 2017.

 

4) Jumlah Perlawanan Yang Lebih Banyak

Mengambil contoh wakil Malaysia dalam AFC Cup 2017 – JDT atau Felda United.

  • Peringkat Kumpulan: 3 perlawanan home & 3 perlawanan away. Jumlah 6 perlawanan.
  • Zonal Semi Final: Perlawanan timbal balik ( Home & Away ). Jumlah 2 perlawanan
  • Zonal Final: Perlawanan timbal balik ( Home & Away ). Jumlah 2 perlawanan
  • Inter Zone Semi Final: Perlawanan timbal balik ( Home & Away ). Jumlah 2 perlawanan
  • Inter Zone Final: Perlawanan timbal balik ( Home & Away ). Jumlah 2 perlawanan
  • AFC Cup Final: 1 perlawanan

Jika JDT atau Felda United layak ke peringkat akhir, mereka akan bermain 15 perlawanan.

Pasukan dari ASEAN zone merupakan paling banyak bermain jika layak ke AFC Cup Final. Manakala pasukan dari zon lain hanya akan beraksi maksimum 11 perlawanan sahaja.

Berikut adalah carta aliran bagi kejohanan AFC Cup 2017 mengikut format baru.