Luar Negara

Nguyen Cong Phuong Kembali Ke J2 League Selepas Sukan SEA Kuala Lumpur

Sebuah kelab yang beraksi dalam V-League, Hoang Anh Gia Lai FC (HAGL), semalam telah mengumumkan satu lagi ‘partnership’ bersama kelab J2 League, Mito Hollyhock.

“Partnership’ ini mencerminkan komitmen mereka untuk mempelajari bagaimana untuk membangunkan kelab dengan cara yang profesional serta mengukuhkan lagi pembangunan prospek di peringkat akademi disamping memberikan pendedahan kepada para jurulatih untuk bertukar-tukar idea serta pandangan.

Cong Phuong yang sebelum ini hanya bersama Mito Hollyhock selama 1 musim, diberitakan akan kembali ke Mito Hollyhock selepas berakhirnya sukan SEA di Kuala Lumpur, Ogos nanti.

“Cong Phuong merupakan jambatan menyambungkan kedua-dua buah kelab, Mito dan HAGL. Melalui partnership ini, kita berharap beliau akan kembali ke Mito secepat mungkin”, kata presiden Mito Hollyhock, Kunio Numata.

Presiden HAGL, Doan Nguyen Duc mendedahkan, kedua-dua pemain mereka yang beraksi di J2 League pulang beraksi dalam V-League bagi mempersiapkan pasukan untuk Sukan SEA Kuala Lumpur.

“VFF mahukan pemain bersiap sedia dan mereka perlu berada disini”.

“Cong Phuong pasti akan kembali ke Mito Hollyhock selepas tamat Sukan SEA Kuala Lumpur. Jika tidak kerana Sukan SEA, Cong Phuong akan kekal bersama Mito Hollyhock dan Nguyen Tuan Anh akan terus berada di Yokohama FC”.

Partnership bersama Mito Hollyhock ini merupakan ‘agreement’ ke 2 HAGL, dimana tahun lepas mereka juga telah menandatangani partnership dengan Yokohama FC, kelab Kazuyoshi Miura.