Luar Negara Berita

4 Bekas Jurulatih Barcelona Dibawa Masuk Dalam Misi Thailand Ke Piala Dunia 2026

Persatuan bola sepak Thailand (FAT) hari ini telah mengumumkan pelan untuk layak ke Piala Dunia 2026 dalam satu sidang akhbar.

President FAT, Somyot Poompanmoung, dalam sesi tersebut juga mengumumkan 3 rakan strategik bagi mencapai misi ke Piala Dunia 2026 iaitu Ekkono Method Soccer Services, Police General Hospital dan Universiti Bangkok Thonburi. Setiap pihak akan memainkan peranan penting dalam menyediakan skuad masa depan Thailand bagi mencapai misi itu.

Ekkono Method Soccer Services

Bagi meningkatkan kemahiran teknikal pemain Thailand dengan membawa 4 bekas jurulatih dari kelab gergasi Sepanyol, Barcelona bagi setiap pasukan bawah umur mereka.

Credit: Supakit Wisetanuphong

Pasukan U-21: Julian Marin Bazalo (Spain) – (pending UEFA Pro)
Pasukan U-19: Oriol Alcazar (Spain) – (UEFA A)
Pasukan U-16: Pol Lorente Solà (Spain) – (UEFA Pro)
Pasukan U-14: Salvador Valero García (Spain) – (UEFA B)

Target utama Ekkono melalui 4 jurulatih ini adalah untuk membina sebuah DNA bola sepak masa depan Thailand.

Police General Hospital


Hospital ini pula berfungsi untuk menjaga aspek pemakanan, sains sukan serta keperluan nutrisi untuk pasukan Thailand. Pihak hospital bersetuju untuk memberikan kepakaran yang mereka ada bagi merealisasikan impian ke Piala Dunia 2026 tercapai.

Universiti Bangkok Thonburi


Kemudahan yang telah ada di univerisiti ini akan digunakan sebaik mungkin bagi membangunkan para pemain masa depan mereka. Ia juga dilengkapi dengan sistem pendidikan yang sesuai kepada pemain-pemain muda serta diajar dalam 3 bahasa.

Semua pihak ini akan bergabung tenaga dan kepakaran untuk cuba mempersiapkan pasukan Thailand untuk misi ke Piala Dunia 2026. 4 jurulatih Sepanyol itu juga akan memberikan penerangan serta kursus kepada semua kelab-kelab bola sepak di Thailand untuk memastikan semua pihak mempunyai ‘drive’ dan ‘direction’ yang sama dan bertukar-tukar pandangan serta idea.