Liga Super Malaysia

Rasuah: 3 Pemain Pasukan MISC MIFA Ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan telah menahan 3 orang pemain bola sepak pasukan MISC-MIFA kerana terlibat dalam aktiviti mengatur perlawanan.

Semua suspek berusia dalam lingkungan 26 hingga 29 tahun itu menerima rasuah untuk mengatur keputusan dalam perlawanan Liga Premier Malaysia.

Siasatan awal mendapati, bookie membayar mereka diantara RM10,000 hingga RM30,000 bagi aktiviti tersebut. Suspek yang berusia 29 tahun merupakan pemain import MISC-MIFA dan 2 lagi merupkan warga tempatan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki, mengesahkan tangkapan itu dan berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan yang boleh menjatuhkan reputasi sukan negara.

“SPRM akan terus memantau dan menyiasat pemain-pemain bola sepak serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perlu,” katanya..