Luar Negara Berita

Tottenham Terpaksa Ketepikan Dier

Tottenham Hotspur terpaksa melupakan khidmat pemain tengah, Eric Dier selepas beliau dilaporkan bakal menjalani pembedahan bagi membuang apendiks.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tottenham Hotspur itu melaporkan bahawa Dier akan terlepas kesemua perlawanan sepanjang musim perayaan.

Dier bakal terlepas perlawanan dengan Arsenal dalam kempen Piala Liga. Beliau juga akan terlepas aksi bertemu Everton, Bournemouth dan Wolverhampton Wanderers pada minggu akhir Disember.

“Pemain tengah England itu didapati menghidap apendiks selepas bertemu dengan pasukan perubatan kami selepas mengalami sakit perut.

“Dia mendapat rawatan segera dan perlu membuang apendiks. Dia kini perlu berehat bagi menjalani proses pemulihan sebelum hanya dijangka kembali menjalani latihan pada Januari,” kata kenyataan dikeluarkan Spurs.