Liga Super Malaysia Berita

Melaka Mampu Jadi Tiga Pasukan Terbaik – Shukor Adan

Anak kelahiran Melaka, Shukor Adan kembali menyarung jersi pasukan Melakan United (MU) setelah 20 tahun berkelana dan memenangi pelbagai gelaran tempatan mahupun antarabangsa.

Beliau yang bakal menyarung jersi MU musim hadapan mengakui bahawa barisan jurulatih yang dilantik pengurusan MU membuatkan beliau tidak berfikir panjang untuk beraksi dinegeri kelahiran beliau.

Tambah pula, barisan pemain yang bakal beraksi bersama beliau dilihat bakal mencipta satu fenomena baru bagi bolasepak Melaka.

Pemain berusia 39 tahun ini meletakkan harapan untuk membawa MU bersaing bagi merebut kedudukan tiga terbaik Liga Super musim hadapan.

“Selepas meninggalkan Melaka begitu lama, kini saya kembali untuk menabur bakti dan mahu meningkatkan imej dan penampilan pasukan di Liga Malaysia.

“Pihak pengurusan menyasarkan kedudukan empat tangga teratas, namun secara peribadi saya mahu berada di kelompok tiga terbaik liga,” katanya kepada Berita Harian.

Shukor adalah pemain yang pernah beraksi untuk skuad belia dan presiden Melaka telah menyarung jersi banyak pasukan termasuk Negeri Sembilan, Selangor, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan FELDA United.