Luar Negara Berita

Safawi sekali lagi tersenarai dalam Portimonense B23

Safawi Rasid sekali lagi terpilih dalam skuad Portimonense SC B-23 apabila dijangka turun berdepan Maritimo B-23 dalam saingan Liga Revelacao, Ahad ini.

Ini akan menjadi penampilan keduanya selepas beraksi menentang Sporting CP minggu lalu.

“Untuk perlawanan akan datang saya akan bermain bersama skuad B-23 menentang Maritimo pada Ahad ini (25 Oktober) di tempat lawan,” katanya kepada Utusan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar di sini dan cabaran merebut tempat dalam skuad utama sangat sengit.”

Pemain berusia 23 tahun itu sedar para peminat Malaysia tidak sabar mahu melihat beliau beraksi dengan pasukan utama, namun beliau yakin peluangnya akan tiba tidak lama lagi.

“Bagi saya elok juga ketua jurulatih letak saya main bersama skuad B-23 untuk menyesuaikan diri.”

“Insya-Allah tidak lama lagi rezeki saya akan sampai. Saya tahu rakyat Malaysia mahu melihat penampilan pertama saya bersama skuad utama di Portugal.”