Liga Super Malaysia Berita

Faizal Abu Bakar sertai Melaka United

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Farhan Ibrahim, mengumumkan kemasukan pemain baharu, Faizal Abu Bakar dalam skuad Melaka United (MU) pada jendela perpindahan kedua Liga Super musim ini.

Pemain kelahiran Kedah yang pernah menyarung jersi Helang Merah dan Negeri Sembilan, di mana lebih dikenali sebagai Sepet bakal memperkuatkan lagi barisan tengah Melaka United (MU).

“Keupayaannya yang boleh beraksi di pelbagai posisi termasuk sayap dan serangan juga menjadi antara kriteria pemilihan bersama pasukan.

“Ini peluang buat pemain terbabit untuk membuktikan prestasinya kembali melonjak seperti yang pernah dinikmatinya. Malah kami juga mengharapkan kerjayanya kembali menyinar sepanjang menyertai MU,” katanya.

Beliau dilaporkan sudah menyertai pasukan selama lebih seminggu dan kini hanya menunggu ruang untuk turun beraksi, di mana aksi bertemu Terengganu FC pada 16 Jun depan merupakan aksi pertama beliau.