Luar Negara

Bekas Pembantu Alex Ferguson di Manchester United,Rene Meulensteen Mahu Ganti Kiatisuk Senamuang

Bekas Pembantu Alex Ferguson di Manchester United Mahu Ganti Kiatisuk Senamuang

Bekas penolong jurulatih Manchester United pada era Sir Alex Ferguson, Rene Meulensteen, telah mengadakan perjumpaan bersama presiden Football Association of Thailand (FAT), Somyot Poompunmuang, bagi permohonan jawatan ketua jurulatih Thailand selepas Kiatisuk Senamunang mengumumkan perletakkan jawatan beberapa hari lalu.

Meulensteen dilaporkan berada di Bangkok dan mengadakan pertemuan selama 30 minit bersama FAT.

Beliau yang berasal dari Belanda, berumur 53 tahun telah membantu Manchester United menjuarai Liga Perdana Inggeris 3 kali, dan UEFA Champions League.Diwar-warkan sebagai seorang yang mempunyai kewibawaan tinggi, method latihannya telah berjaya membantu Cristiano Ronaldo memaksimakan kebolehannya.

Meulensteen meninggalkan Old Trafford selepas David Moyes menggantikan Sir Alex Ferguson pada 2013 dan menyertai Anzhi Makhachkala, Fulham and Maccabi Haifa selepas itu.

Sejak Febuari lalu, beliau tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas meninggalkan Maccabi Haifa.