Liga Super Malaysia Berita

Bookie Serah Diri Kepada SPRM Merupakan Suami Seorang Anggota Polis

Menurut laporan terbaru MalayMail, seorang bookie bola sepak melibatkan pasukan MISC MIFA, telah dikenalpasti.

G. Prem Kumar berumur 49 tahun dari Sentul, menyerah diri kepada SPRM semalam dan dibawa ke mahkamah majistret untuk mendapatkan tahanan reman selama 6 hari. Beliau merupakan suspek utama mengatur keputusan perlawanan Liga Premier melibatkan pasukan MISC MIFA.

Serial Fixer!

Menurut laporan itu juga, G. Prem Kumar telah terlibat mengatur perlawanan dan ‘membeli’ pemain serta pegawai sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau dikatakan aktif dalam perlawanan Liga Premier sahaja setakat ini.

Beberapa hari lalu, 3 pemain MISC MIFA ditahan SPRM kerana terlibat dalam rasuah. Mereka adalah pemain pertahanan dari Argentina, Alan Aciar, 29, pemain pertahanan S. Harivarman, 27 dan penjaga gol Mohd Khairul Izzuwan Saari, 26. Mereka ditahan untuk diambil keterangan dari 9 pemain yang dipanggil kesemuanya.