Situasi Semasa
Diperingkat pertandingan kelab Asia, kelab Hong Kong, Eastern Sports Club, sedang beraksi dalam saingan AFC Champions League. Berdasarkan prestasi semasa, mereka ‘struggle’ untuk meraih kemenangan diperingkat ini walaupun mampu memberikan cabaran.
Selepas AFC mengemaskini MA Ranking terbaru semalam, jelas sehingga kini, Hong Kong hanya mampu memengut 1.750 mata sahaja ( Jumlah terkumpul 4 musim terakhir 21.750 mata) untuk musim 2017. Manakala bagi Malaysia pula sudah berjaya mendapatkan 2.450 mata ( Jumlah terkumpul 4 musim terakhir 20.950 mata) .
Jika kelab Hong Kong tidak berjaya mencatatkan sebarang keputusan seri atau menang dalam AFC Champions League lalu terkeluar dari saingan ( 90% terkeluar ), dan Johor Dt serta Felda United berjaya mara ke pusingan separuh akhir AFC Cup Zon ASEAN, hampir pasti slot AFC Champions League 2019/2020 milik Malaysia.
Pengiraan Mata
Perlu dijelaskan disini, mata yang diperolehi dalam saingan AFC Cup adalah 1/3 dari mata yang diperolehi dalam saingan AFC Champions League. Pendek kata jika 1 kemenangan dalam AFC Cup hanya bernilai 1 mata sahaja dari perspektif AFC Chmapions League.
Selain itu, MA Ranking mengambil kira jumlah pasukan yang bersaing dalam menentukan ranking. Sebagai contoh, jika Johor DT memperolehi 3 mata dan Felda hanya 1 mata, jadi mata yang dikira untuk MA ranking adalah 2 mata sahaja.
Kiraan Mata Johor DT Dan Felda United 2017
Dalam AFC Cup 2017, Johor DT telah mencatat 2 kali menang, 1 seri dan 1 kalah. Felda United pula mencatatkan 1 menang, 2 seri dan 1 kalah.
Sehingga hari ini, Johor DT telah berjaya mengumpul 7 mata dan Felda United mengumpul 5 mata, menjadikan 12 mata secara keseluruhan. Disebabkan pengiraan syarat MA ranking yang hanya mengambil 1/3 dari jumlah mata saingan AFC Cup, hanya 4 mata sahaja yang dikira. Dari 4 mata itu akan dibahagi 2 kerana ada 2 kelab dari Malaysia yang beraksi dalam AFC Cup, menjadikan jumlah mata dibawa kepada 2 mata sahaja.
Johor DT menyumbangkan mata tambahan sebanyak 0.450 mata lagi kerana telah beraksi dalam saingan kelayakan play-off dan play-off AFC Champions League.
Secara keseluruhannya, junlah mata yang dikutip oleh pasukan dari Malaysia adalah 2.450 mata.
Mampukah Malaysia Mendapatkan ‘Direct Slot’ 2019 / 2020?
1) Mata Dari AFC Cup 2017
Mulai tahun 2017, AFC mungubah kiraan AFC MA Ranking menggunakan ratio mata kelab dan mata pasukan kebangsaan dari 70:30 kepada 90:10.
Senario: Dengan andaian Eastern Sports Club tidak mampu mengutip mata tambahan dan kekal dengan 21.750 mata
Disini adalah peluang kita untuk mengatasi Hong Kong. Johor DT dan Felda United perlu sekurang-kurangnya lolos ke saingan Separuh Akhir ASEAN Zon. Jika ini berlaku, Malaysia akan mendapat 1.000 mata tambahan untuk 2017 menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21.950 mata, 0.200 mata mengatasi Hong Kong dalam AFC MA Ranking. Ini masih belum cukup untuk ‘cover’ perbezaan mata pasukan kebangsaan seperti dibawah.
Untuk lebih selamat, Johor DT dan Felda United perlu mara ke saingan akhir ASEAN Zon. Seandainya situasi ini berlaku, Malaysia akan mengutip 4.950 mata bagi 2017 menjadikan jumlah keseluruhan 23.450 mata, 1.700 mata mengatasi Hong Kong.
2) Mata Dari Pasukan Kebangsaan
Malaysia diundi dalam satu kumpulan bersama Hong Kong dalam kelayakan akhir Piala Asia 2019. Ketika ini, perbezaan mata dari pasukan kebangsaan Hong Kong dan Malaysia adalah 0.403 mata.
Kita akan bertemu Hong Kong 2 kali dalam perlawanan berstatus 2.5x ini. Tugas untuk sekurang-kurangnya tidak tewas kepada Hong Kong dan ‘mengharapkan’ mereka tewas perlawanan bertemu Lebanon dan Korea Utara akan menjadi bonus kepada MA Ranking Malaysia.
Walaupun ratio mata dari pasukan kebangsaan hanya 10% sahaja, tetapi ia adalah kritikal untuk memberikan kelebihan kepada Malaysia.
Selain itu, pungutan mata dari perlawanan persahabatan berstatus A juga akan membantu memberikan bonus tambahan.
Rumusan
Semua maklumat diatas adalah berdasarkan pengiraan semasa dan akan berubah dari masa ke semasa berdasarkan keputusan perlawanan yang akan datang.
Malaysia mampu untuk memotong Hong Kong dikedudukan ke 6 AFC MA Ranking Asia Timur jika, prestasi Johor DT dan Felda United cemerlang dalam AFC Cup 2017 ( mara sejauh mungkin ) dan pasukan kebangsaan mampu mencuri mata dari perlawanan bertemu Hong Kong.
Vietnam mungkin akan menjadi ‘petualang’ dan Felda United perlu menghalang Hanoi FC untuk mara ke peringkat seterusnya supaya mereka tidak dapat menambah mata.
Peluang untuk Malaysia memiliki ‘direct slot’ terbuka luas, cuma menuntut prestasi yang konsisten dan terbaik dalam kejohanan peringkat kelab dan pasukan kebangsaan. Ia tidak jauh, tetapi juga sedekat disangka.
Come on Johor DT & Felda United!