Luar Negara Berita

Al Quhari Lantik Rui Faria Jadi Ketua Jurulatih

Rui Faria, bekas pembantu Jose Mourinho di beberapa kelab ternama di Eropah telah diumumkan menjadi ketua jurulatih Al Quhari, pasukan yang bertapak di Doha, Qatar.

Ini adalah tugas pertama jurulatih berusia 43 tahun sejak meninggalkan Manchester United, sebagai orang nombor dua Mourinho, tahun lalu.

“Pengurusan kelab telah berjaya mendapatkan jurulatih Portugal Rui Faria untuk memimpin pasukan … dalam tempoh yang akan datang, selepas rundingan intensif,” kata kelab itu dalam pengumuman yang dibuat di Twitter.

Kenyataan itu menambah bahawa Duhail telah berjaya menewaskan beberapa tawaran yang dibuat kelab lain dalam mendapatkan khidmat Faria sebagai jurulatih.

“Kelab itu akan memperkenalkan jurulatih barunya kepada media dalam sidang media utama yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Al Duhail berada di Group C Liga Juara-Juara AFC 2019 dengan Al Hilal, Al Ain dari UAE dan Esteghlal dari Republik Islam Iran.

Faria adalah pembantu kepada Mourinho di beberapa kelab besar eropah termasuk Chelsea, Inter, Real Madrid dan Manchester United selama 17 tahun.

Duhail kini menduduki tempat kedua dalam Liga Bintang Qatar, dua mata di belakang Al Sadd, yang dilatih oleh legenda Barcelona Xavi Hernandez.