Berita Asian Cup

Analisa Piala Asia – Dari 24 Pasukan, Hanya 8 Masih Bertahan

Selepas perlawanan pusingan 16 yang mendebarkan, kini tinggal lapan pasukan yang berjaya mara ke suku akhir Piala Asia 2019 di UAE tahun ini.

Daripada 24 pasukan yang bertanding, hanya lapan yang berjaya mara, dengan empat perlawanan akan dimainkan pada Khamis dan Jumaat ini.

Berikut adalah analisa awal keempat-empat perlawanan yang bakal berlangsung nanti.

VIETNAM v JAPAN

Al Maktoum Stadium, Dubai – 17:00, 24 Januari

Kisah dongeng Vietnam berterusan di Pusingan 16, ketika pasukan Park Hang-seo berjaya menyamakan kedudukan setelah ketinggalan satu gol untuk mencatat keputusan seri sebelum menewaskan Jordan dalam penentuan sepakan penalti. Vietnam menempa sejarah apabila mara buat pertama kali ke suku akhir Piala Asia.

Lawan mereka seterusnya adalah bekas juara empat kali Piala Asia dan juga pasukan yang selalu layak ke Piala dunia. Jepun mara ke suku akhir setelah berjaya menewaskan Arab Saudi 1-0.

CHINA PR v REPUBLIK ISLAM IRAN

Stadium Mohammed bin Zayed, Abu Dhabi – 20:00, 24 Januari

Masih kekal dengan rekod tanpa kalah dan masih kekal dengan rekod tanpa bolos. Republik Islam Iran sedang bersaingan dengan baik pada kempen Piala Asia. Misi mereka untuk memenangi Piala Asia buat pertama kali sejak 1976 masih terbuka apabila lepas halangan daripada Oman di Pusingan 16 dengan menewaskan mereka 2-0.

Manakala China pula muncul terpaksa bekerja keras untuk layak ke suku akhir apabila tersentak dengan gol awal Thailand. Mereka bangkit untuk menewaskan pasukan daripada Asia Tenggara itu, 2-1 dan terus melayakkan diri ke pusingan suku akhir.

KOREA REPUBLIC v QATAR

Stadium Bandar Sukan Zayed, Abu Dhabi – 17:00, 25 Januari

Korea Selatan bakal berhadapan lawan sukar dalam pemburuan Piala Asia bagi menamatkan kemarau gelaran 59 tahun mereka. Mereka bakal turun menghadapi Qatar yang mempunyai rekod tanpa bolos dalam empat kemenangan terakhir mereka.

Perlawanan ini bakal mempertemukan dua bintang Asia yang terkenal, Son Heung-min yang berkelana di Tottenham Hotspur dan penjaring terbanyak kejohanan ini, Almoez Ali.

UNITED ARAB EMIRATES v AUSTRALIA

Stadium Hazza bin Zayed, Al Ain – 20:00, 25 Januari

Australia turun dengan misi mempertahankan Piala Asia yang dimenangi mereka pada Piala Asia edisi 2015 dengan anak buah Alberto Zaccheroni bersemangat untuk turun dalam misi membalas dendam kepada Australia setelah tewas pada 2-0 pada edisi 2015 di peringkat yang sama.

Sumber : the-afc.com