Liga Super Malaysia Berita

Liga Malaysia 2025-2026 bermula Ogos ini

Kalendar Liga Malaysia kini selari dengan liga-liga luar negara di mana tirai saingan Liga Malaysia akan bermula pada awal Ogos 2025.

Perlawanan Sumbangsih akan menjadi perlawanan pertama Liga Super melibatkan juara liga, JDT dan naib juara liga, Selangor FC.

Tarikh perpindahan pemain pertama Liga Malaysia 2025-2026 pada 9 Jun sehingga 31 Ogos 2025 manakala jendela perpindahan kedua pada 5 Januari 2026 sehingga 1 Februari 2026.

Saingan Piala FA 2025-2026 dijadual berlangsung pada Ogos 2025 disusuli MFL Challenge Cup dan Piala Malaysia dijadual bermula pada Januari 2026.

Maklumat terperinci berkenaan kalendar Liga Malaysia akan dikemaskini selepas mendapat pengesahan tarikh kejohanan ACL Elite dan ACL 2 daripada AFC serta kejohanan peringkat kelab AFF.