Berita

Isu Kapasiti: Indonesia Mahu Stadium Shah Alam Sebagai Venue Perlawanan Bertemu Vietnam

Pasukan Indonesia akan menghadapai perlawanan penting hari ini apabila dijadualkan akan bertemu pendahulu kumpulan B, Vietnam di Stadium Selayang pada jam 8:45 malam.

Namun begitu, pihak pengurusan skuad bola sepak Indonesia dilaporkan cuba untuk menukar venue perlawanan ke Stadium Shah Alam atas alasan kapasiti yang lebih besar berbanding Stadium Selayang.

Disebabkan perlawanan menentang Vietnam itu merupakan satu perlawanan yang dijangka ‘panas’, penyokong kedua-dua pasukan sudah semestinya mahu hadir memberikan sokongan kepada pasukan mereka, disamping Stadium Shah Alam yang tidak digunakan untuk sebarang perlawanan ketika itu.

Jadual Perlawanan & Kedudukan Semasa Kumpulan B

Atas 2 alasan utama tersebut, pengurus pasukan Indonesia U22 Endri Erawan telah menghantar permintaan tersebut kepada Chef de Mission Indonesia, Aziz Syamsudin, yang memiliki kebenaran untuk memohon pertimbangan dari MASOC.

Pengurus pasukan Indonesia itu juga memberitahu, faktor keselamatan dan keselesaan juga antara beberapa lagi sebab mengapa mereka mahu menukar venue perlawanan ini. Dengan jangkaan kedua-dua penonton yang akan membanjiri Stadium Selayang yang terletak ditepi jalan raya utama dan kawasan kediaman mungkin akan menimbulkan isu keselamatan.

“Kami juga telah mengusulkan kepada Chef de Mission berkenaan isu bas pasukan Indonesia dipecahkan pada kejohanan AFF Suzuki.”