Seorang wanita yang membantu Cristiano Ronaldo mendapatkan makanan di McDonalds ketika bintang Portugal itu masih kecil telah tampil ke hadapan.
Dalam wawancara pada Selasa lalu, Cristiano Ronaldo mendedahkan bahawa ketika beliau masih kecil terdapat tiga wanita yang bekerja di Mcdonalds telah membantu beliau untuk mendapatkan burger secara percuma.
Salah seorang daripada mereka adalah Paula Leca, lapor The Sun.
Beliau bercakap di stesen radio Portugis dan berkata ; “Mereka akan muncul di hadapan restoran dan ketika ada lebihan burger, pengurus kami memberi kebenaran kepada kami untuk menyeragkan kepada mereka
“Salah seorang daripada kanak-kanak itu adalah Cristiano Ronaldo yang mungkin paling pemalu dari mereka semua.
“Ini berlaku hampir setiap malam minggu.
“Saya masih tertawa sehingga sekarang, saya ada memberitahu anak saya mengenai hal ini tapi dia fikir saya berbohong kerana dia tidak dapat membayangkan ibunya pernah memberi Cristiano Ronaldo burger.
“Suami saya sudah tahu mengenainya, kerana kadang-kadang dia akan menjemput saya dari kerja pada waktu malam dan dia juga melihatnya.
“Sukar untuk ingat pada sesuatu yang sudah lama berlaku, ia menunjukkan sifat kerendahan hatinya. Sekurang-kurangnya sekarang, orang tahu ia bukannya [cerita] dongeng.
“Jika dia menjemput saya untuk makan malam, sudah pasti saya akan pergi. Perkara pertama yang saya lakukan adalah mengucapkan terima kasih dan semasa makan, kami akan mempunyai masa untuk mengingati masa-masa itu.”
Probably one of the most revealing interviews I ever did…! Thanks @piersmorgan for the interview.👍🏽 pic.twitter.com/4fWfU3ifxj
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) September 17, 2019
Bercakap kepada Morgan pada program ITV, penyerang Juventus berkata, “Kami agak lapar. Kami mempunyai McDonald’s di sebelah stadium, kami mengetuk pintu dan bertanya sama ada mereka mempunyai lebihan burger.
“Selalu ada Edna dan dua gadis lain, saya tidak pernah jumpa lagi mereka sehingga sekarang.
“Saya ada bertanya kepada orang di Portugal, tetapi mereka [telah] menutup McDonalds, tetapi jika wawancara ini dapat membantu mencari mereka, saya akan sangat gembira.
“Saya mahu menjemput mereka ke Turin atau Lisbon untuk datang makan malam dengan saya kerana saya mahu membalas jasa mereka.”