Berita AFC Cup

Terengganu kekal rekod tanpa kalah dalam Piala AFC 2023

Terengganu kekal rekod tanpa kalah dalam Piala AFC apabila meraih kemenangan dramatik Stallion Laguna 3-2 di Stadium Binan, Filipina.

Sony Norde muncul wira apabila menjaringkan gol minit-minit akhir perlawanan selepas pasukannya bolos 2 gol pada separuh masa pertama.

Ini menjadikan 2 kemenangan dan 2 seri untuk Terengganu dalam saingan Piala AFC setakat ini.

Pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi Junior Ngong Sam.

11 minit kemudian, Terengganu sekali lagi dibolosi The Stallions hasil rembatan kencang luar kotak penalti Griffin McDaniel.

Terengganu mula merapatkan jurang apabila kapten pasukan Stallion, Matthew Nierras tertanduk masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-33, menjadikan kedudukan 2-1 pada separuh masa pertama.

Selepas 20 minit bergelut mencari rentak permainan, Ivan Mamut berjaya menyamakan kedudukan dengan jaringan pada minit ke-67.

Dengan perlawanan menuju ke masa tambahan, rembatan lencong Norde berjaya menewaskan penjaga gol tuan rumah Nelson Gasic pada minit ke-87.

Keputusan 3-2 kekal hingga tamat perlawanan dan meletakkan Terengganu di tangga kedua dengan mengumpul lapan mata.

Ia hanya beza satu mata di belakang Central Coast Mariners yang menewaskan Bali United 2-1.