Berita AFC Cup

Piala AFC 2023: Terengganu jaringkan gol saat akhir, halang Bali United menang

Terengganu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Piala AFC 2023 apabila mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Bali United di Stadium Kapten I Wayan Dipta.

Keputusan itu diraih dengan penuh dramatik hasil jaringan Syahmi Zamri pada minit ke-84, hanya 6 minit sebelum perlawanan berakhir.

Ia keputusan yang melegakan Terengganu setelah gagal menjaringkan sebarang gol pada separuh masa pertama.

Sedangkan Terengganu mencipta 21 percubaan dengan 6 daripadanya tepat ke arah gawang gol, berbanding Bali yang mencatatkan 14 percubaan dengan 3 daripadanya tepat ke arah gol.

Malah, Terengganu menguasai permainan dengan lebih 57 peratus penguasaan berbanding Bali dengan 42 peratus.

Namun, Bali yang meraih gol pendahuluan menerusi jaringan pemain sayap Privat Mbarga pada minit ke-54.

Dengan tempoh perlawanan menghampiri ke wisel penamat, Syahmi berjaya menyamakan kedudukan 1-1 yang kekal hingga tamat perlawanan.

Terengganu akan menerima kunjungan Stallions Laguna di Kuala Terengganu pada 26 Okt ini.