Challenge Cup Berita

Kedah tersingkir Challenge Cup 2023, terlepas semua trofi musim ini

Kedah tersingkir dari Challenge Cup apabila dikejutkan dengan kekalahan 3-0 kepada Kuching City di laman sendiri.

Kekalahan itu menyaksikan Kedah tewas dengan agregat 4-0 sekali gus terlepas semua trofi musim ini.

Kedah ketinggalan seawal minit ke-10 menerusi jaringan Abu Kamara menerusi tandukan setelah menerima bola hasil sepakan percuma kapten, Alif Hassan.

Tuan rumah tambah tertekan apabila pertahanan Kedah, Akmal Md. Dzahir dilayangkan kad merah selepas melagakan kepalanya dengan kepala penyerang lawan, Pedro Henrique pada minit ke-32.

Pasukan pelawat mengambil kesempatan itu dengan mengukuhkan kedudukan pada minit ke-72 dengan gol kedua menerusi Pedro Henrique yang menerima hantaran lintang Petrus Shitembi.

Kuching City melengkapkan kemenangan pada minit ke-88 menerusi gol ketiga oleh Pedro.

Kuching mara ke separuh akhir dan akan bertemu Kelantan United setelah menewaskan Kelantan FC dengan agregat 11-0.