Sabah membuat kejutan apabila membelasah juara Liga Indonesia, PSM Makassar 5-0 dalam saingan Piala AFC 2023 di Stadium Kapten I Wayan Dipta.
Darren Lok muncul wira apabila menjaringkan 2 gol daripada 5 gol dijaringkan Sabah.
Sabah mendahului 2 gol pada separuh masa pertama, seawal minit ke-6 menerusi jaringan Darren sebelum pertahanan Gabriel Peres menambah gol kedua.
Darren menjadikan kedudukan 3-0 walaupun separuh masa kedua baru bermula.
Nasib PSM bertambah buruk apabila Arya Pratama dilayangkan kad merah pada minit ke-57.
Sabah mengambil kesempatan apabila menambah gol ke-4 menerusi Stuart Wilkin pada minit ke-73.
Farhan Roslan melengkapkan kemenangan dengan jaringan pada masa tambahan, dengan keputusan kekal 5-0 hingga tamat perlawanan.
Sabah kini pendahulu kumpulan dengan meraih 6 mata dan akan berkunjung ke Vietnam untuk bertemu Hai Phong, 25 Okt ini.