Luar Negara Berita

Video : Kubo beritahu Hazard rahsia beliau sebelum perlawanan

Bintang muda Real Madrid, Takefusa Kubo bertemu dan berbual dengan Eden Hazard semasa sesi latihan pertamanya sebagai pemain Los Blancos.

Kubo, yang telah dilabel sebagai ‘Messi Jepun’, menyertai kelab gergasi Sepanyol dari FC Tokyo musim panas ini.

Dan dia dengan penuh keyakinan nampak selesa ketika berbual dengan bekas pemain Chelsea.

“Saya menonton video anda sebelum perlawanan saya!” Kubo ketawa.

Kubo bakal memberi kesan yang besar kepada Real Madrid dengan pemain berusia 18 tahun itu dilihat bakal membarisi skuad Zinedine Zidane.

Media Sepanyol turut melaporkan bahawa Kubo telah berjaya menyesuaikan diri dengan pantas sepanjang beliau berada di Madrid.