Luar Negara Berita

Ronaldo ‘show off’ koleksi but baharu

Ia adalah perkara yang biasa menjelang musim baharu apabila beberapa kelab berlumba mempamerkan koleksi baju baharu dan untuk bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, beliau memilih untuk menunjukkan but baharu.

Jenama sukan terbesar, Nike telah mengeluarkan but edisi terhad – Mercurial Superfly Shuai – di mana Ronaldo bakal memakainya ketika Juventus melayan Inter Milan pada perlawanan pra-musim.

Pertemuan kedua-dua kelab ini juga adalah sebahagian daripada kejohanan Piala Juara-Juara Antarabangsa 2019 yang bakal di adakan di Pusat Sukan Olimpik Nanjing, China pada 24 Julai nanti.

Dalam masa yang sama, nama Shuai yang diabadikan bersama but baharu Ronaldo bermaksud ‘kelihatan baik’ dalam bahasa Kantonis.