Futsal Berita

Rentak kemenangan Selangor disekat Kuala Lumpur

Rentak kemenangan Selangor pada Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) 2019 berakhir dengan keputusan seri 3-3 oleh Kuala Lumpur.

Jaringan awal Kuala Lumpur melalui Mulhim Muqri dan Hazreen Ali pada minit ketiga dan ke-11 telah memberi kejutan buat Selangor.

Selangor berjaya bangkit melalui Shamsul Akmar dan Syed Aizad sebelum Kuala Lumpur berjaya berada di hadapan sekali lagi menerusi Hazreen.

Walau bagaimanapun, Ridhwan Zainal memastikan Selangor membawa pulang satu mata apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-33.