Malaysia Berita

Sabah sasar Piala Malaysia

Selepas berjaya menamatkan kemarau 23 tahun tanpa trofi, pasukan Sabah bakal mempersiapkan pasukan dengan misi baharu, iaitu menenangi Piala Malaysia.

Sabah sebelum ini berjaya menamatkan meletakkan pasukan mereka di tangga pertama Liga Perdana di belakang JDT II dengan perbezaan 10 mata.

Kemenangan terbaru ke atas Kelantan pada Sabtu lalu memberi suntikan semangat buat anak Jelius Ating untuk berjuang merebut Piala Malaysia pula selepas tamat perlawanan liga musim ini.

Sasaran itu diletakkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas majlis penyeragan trofi kejuaraan Liga Perdana 2019, di Stadium Likas.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pengurusan SAFA kerana berjaya membawa pasukan ke kancah Liga Super musim hadapan.

“Saya harap prestasi pasukan dapat dikekalkan untuk menghadapi Piala Malaysia dan Liga Super  musim akan datang.” Katanya kepada Utusan.