Atlético Madrid tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan mereka di mana Barcelona telah mencapai kata sepakat dengan Antonie Griezman pada awal bulan Mac lalu, menurut Presiden Blaugrana, Josep Maria Bartomeu.
Barça sebelum ini telah mengaktifkan klausa pelepasan Griezmann bernilai € 120 juta dan membawa pemain itu masuk pada hari Jumaat yang lalu.
Tetapi sejurus selepas Barca mengumumkan kedatangan Griezmann, Atletico mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa Griezman dan Barcelona sudah membuat persetujuan peribadi pada bulan Mac.
https://twitter.com/jmbartomeu/status/1150477393527750656?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed&ref_url=safari-reader%3A%2F%2Fen.as.com%2Fen%2F2019%2F07%2F14%2Ffootball%2F1563135563_038264.html
Oleh itu, Atletico merasakan mereka berhak untuk mendapat € 200m berbanding € 120m, di mana angka klausa pelepasannya jatuh pada 1 Julai.
Walau bagaimanapun, Bartomeu menafikan dakwaan tersebut.
“Saya telah bercakap dengan mereka, tetapi saya tidak fikir [mereka] ada bukti, kerana tiada bukti apa-apa,” kata Bartomeu.
“Saya faham semua orang mempertahankan kepentingan mereka dan saya telah bercakap dengan [Enrique] Cerezo [presiden Atletico], tetapi saya tidak melihat kes itu boleh berubah dengan cara yang positif untuk mereka.
“Kami menghubungi Griezmann selepas dia membuat video mengucapkan selamat tinggal kepada peminat, tiada apa-apa [berlaku] pada bulan Mac.”