Malaysia Berita

MFL perkenal Next50, lancar empat misi utama ke arah bola sepak yang lebih profesional

Malaysian Football League (MFL) hari ini melancarkan Next50 sebagai salah satu usaha untuk memacu hala tuju bola sepak Malaysia ke arah yang lebih profesional dalam lima dekad akan datang.

Dengan berpegang kepada visi  ‘Bola Sepak Malaysia di Hati Negara’, usaha ini dilihat bakal menaikkan kembali sukan bola sepak kepada tahap yang lebih profesional.

Untuk permulaan, 2019 dan 2020 bakal menjadi asas kepada Next50 untuk bertapak di mana segala persiapan dan penyelidikan bakal dilakukan bagi mempersiapkan diri dalam melaksanakan Next50 dari 2021 sehingga 2070.

Tambahan daripada itu, MFL akan mengkaji semula kemajuan setiap pelan startegik yang telah ditetapkan dan dalam masa yang menambahbaik setiap pelan sedia ada.

Bagi menjayakan misi tersebut, MFL telah menggariskan empat misi utama dalam merancakkan kembali bola sepak Malaysia sekaligus membawa sukan ini kearah yang lebih profesional.

1. Misi pertama

Meningkatkan mutu liga bola sepak ke arah yang lebih profesional, kompetitif dan menarik di Asia serta menyediakan platform untuk kelab-kelab bersaing di rantau Asia. Misi pertama ini bakal memberi tumpuan kepada kualiti Liga Super dan Liga Perdana.

Antara yang bakal diutamakan adalah meningkatkan kualiti padang, meningkatkan kualiti staf kejurulatihan dan banyak lagi.

2. Misi kedua

Membina pengurusan yang lebih berkualiti yang mampu memacu bola sepak Malaysia ke arah lebih profesional pada masa hadapan. Misi ini lebih kepada fokus untuk membina modal insan dalam pengurusan Liga Malaysia

3. Misi ketiga

Mengutamakan peminat dan seluruh masyarakat Malaysia sebagai barisan hadapan bola sepak Malaysia, di mana tumpuan akan diberikan secara menyeluruh.

Misi ini memastikan peminat melibatkan diri dengan bola sepak Malaysia dalam cara yang lebih profesional dan menyeronokkan. Di mana kelab juga mampu untuk dijadikan sebagai pusat komuniti kepada masyarakat setempat dan membina kepercayaan di antara satu sama lain.

4. Misi keempat.

Meningkatkan dan mengembangkan nilai komersila MFL dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Matlamat utama adalah untuk mengembangkan Liga Super dan Liga Perdana bagi memberi keuntungan dan keseimbangan kewangan sambil menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

NEXT50For further information on the Malaysian Football League's 50-Year Strategic Blueprint, please click the link below.http://next50.malaysianfootballleague.com/#Next50

Posted by Malaysian Football League on Monday, July 15, 2019