Luar Negara Berita

Jang Di Gantung Seumur Hidup

Pemain pertahanan Korea Selatan Jang Hyun-soo telah menerima larangan seumur hidup daripada bermain untuk pasukan kebangsaan dan dikenakan denda 30 juta won (£ 20,400) selepas dia didapati bersalah memalsukan rekod pengecualian perkhidmatan ketenteraannya.
Semua lelaki di Korea Selatan mesti melengkapkan dua tahun perkhidmatan ketenteraan sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencegah konflik dengan negara jiran dan kesemua atlet yang telah mendapat pingat di Sukan Asia atau Sukan Olimpik akan diberi pengecualian.
Sebagai sebahagian daripada syarat pengecualian, atlet mesti menjalani latihan ketenteraan selama empat minggu dan menjalankan lebih daripada 500 jam kerja-kerja kemasyarakatan selama tempoh tiga tahun.
Jang, yang mempunyai 58 caps dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi emas pada Sukan Asia 2014 di Incheon, telah mengaku dengan menyerah rekod palsu yang memperincikan berapa jam perkhidmatan komuniti yang dilakukannya.
“Jang telah disenarai hitam daripada bermain untuk pasukan kebangsaan dan telah didenda 30 juta won,” kata Reuters.
Sebagai tambahan, Kementerian Sukan telah mengeluarkan arahan agar Jang membuat kerja-kerja kemasyarakatan dalam masa lima hari.
Jang akan terlepas kejohanan Piala Asia pada Januari, memohon maaf pada hari Isnin dan berkata beliau akan melaksanakan perkhidmatan komuniti yang diarahkan oleh Kementerian Sukan.
“Saya minta maaf kerana mengecewakan semua orang dengan satu isu yang memalukan,” katanya dipetik sebagai berkata di laman web KFA.