Berita AFC Champions League

JDT tewas kepada Gwangju

JDT tewas 3-1 kepada kelab Korea Selatan, Gwangju FC dalam AFC Champions League Elite.
Ia merupakan kekalahan pertama JDT musim ini.
JDT bolos 2 gol seawal 10 minit pertama apabila Jasir Asani menjaringkan gol pada minit ke-3 dan minit ke-6.
Feroz Baharudin merapatkan jurang pada minit ke-28, dengan kedudukan 2-1 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
JDT mencari gol penyamaan sepanjang separuh masa kedua, namun tidak kesampaian apabila Gwangju meraih gol ketiga hasil jaringan sendiri Park Jun-Heong pada minit ke-88.
Kedudukan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan, dengan JDT meraih 4 mata daripada 3 perlawanan setakat ini.
JDT akan bertemu Ulsan di Stadium Sultan Ibrahim dalam perlawanan ke-4 ACL Elite pada 5 November ini.