Liga Super Malaysia Berita

11 pemain tinggalkan JDT

Seramai 11 pemain meninggalkan JDT selepas kontrak mereka berakhir pada penghujung musim lalu.

Antaranya pemain veteran 38 tahun Safiq Rahim yang sudah dianggap sebagai legenda bola sepak negara.

Ini kali kedua beliau meninggalkan JDT selepas berbuat demikian pada 2018 sebelum kembali menyertai JDT pada 2021.

Safiq antara pemain yang mengasaskan pasukan JDT pada 2013, memenangi 24 piala sepanjang bersama juara bertahan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia itu.

Begitu juga penjaga gol veteran 38 tahun Farizal Marlias yang meninggalkan JDT selepas 10 tahun beraksi dengan kelab tersebut sejak 2015 hingga 2025.

Seorang lagi penjaga gol berusia 34 tahun, Izham Tarmizi juga meninggalkan JDT selepas 11 tahun bersama kelab itu sejak 2014 hingga 2025.

Ramadhan Saifullah sudah berhijrah ke Kuching City secara rasmi selepas dipinjamkan JDT musim lalu.

SENARAI PEMAIN TINGGALKAN JDT
Safiq Rahim
Farizal Marlias
Izham Tarmizi
Jordi Amat
Jese Rodriguez
Murilo Henrique
Jonathan Viera
Álvaro Gonzalez
Roque Mesa
Anselmo de Moraes
Ramadhan Saifullah