
Pahang membuat keputusan untuk menarik diri dari saingan Liga Super dan Malaysia bagi musim 2025-2026.
Ini meskipun pasukan itu sudah mendapat lesen kebangsaan untuk bertanding pada musim akan datang.
“Sri Pahang FC yang turut mendapat Lesen Kebangsaan 2025-2026 membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam Liga Malaysia musim ini dengan mengemukakan surat pengesahan bertarikh 16 Jun 2025,” kata MFL.
Ini bermakna, hanya 13 pasukan akan bertanding dalam musim baharu Liga Malaysia 2025-2026 yang bermula pada 8 Ogos ini.
Pasukan dari Brunei, DPMM FC telah menerima kelulusan daripada FIFA dan AFC untuk bertanding dalam Liga Malaysia musim ini.
Kalendar Liga Malaysia musim ini akan bermula dengan pertembungan juara Liga Super JDT dengan naib juara Liga Super Selangor dalam Piala Sumbangsih pada 8 Ogos 2025 yang juga perlawanan pembuka tirai liga di Stadium Sultan Ibrahim.
Piala FA pula akan bermula pada pertengahan Ogos ini, Piala Malaysia dan MFL Challenge Cup pada Januari 2026.
MFL bakal mengeluarkan jadual Liga Malaysia 2025-2026 dalam masa terdekat, hanya menunggu undian ACL Elite dan ACL 2 melibatkan JDT dan Selangor FC pada 15 Ogos 2025.