Dua pasukan dari Liga Super, Kelantan dan Kuala Lumpur telah didapati gagal melengkapkan dokumen pendaftaran pasukan untuk Liga Super Malaysia 2018.
FMLLP dalam satu siaran di laman Facebook rasmi mereka telah menyatakan bahawa dua pasuakn tersebut telah gagal menghantar dokumen pendaftaran pasukan yang sepatutnya pada 3 Februari 2018.
Selain dua pasukan tersebut, dua lagi pasukan Liga Super, Selangor dan PKNS FC juga didapati menghantar dokumen melepasi tarikh akhir yang diberikan, dengan Selangor menghantar pada 11 Februari 2018 dan PKNS pada 19 Februari 2018.
Bagi Liga Premier pula, empat pasukan masih tidak melengkapkan dokumen pendaftaran pemain iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA dan PDRM. MISC MIFA dan UKM pula menghantar melepasi tarikh akhir dengan MIFA menghantar pada 15 Februari sementara UKM FC menghantar dokumen pada 19 Februari.
FMLLP sebelum ini telah dua kali mengubah tarikh pendaftaran di mana tarikh asal tamat penghantaran dokumen adalah pada 29 Disember 2017. FMLLP telah menetapkan 14 Januari 2017 sebagai tarikh akhir selepas itu dan menganjakkan lagi ke 3 Februari 2018.