Liga Super Malaysia

Selamat Datang ke Football Tribe Academy: Program latihan untuk anda menjadi Penulis Bola Sepak

Football Tribe berbangga untuk mengumumkan pelancaran ‘Football Tribe Academy’, sebuah program inovatif yang direka khas untuk memberi inspirasi dan melatih generasi penulis bolasepak baru di seluruh Asia, bermula daripada Mac 2018.

Program ini akan dijalankan secara atas talian oleh panel editor dan penulis Football Tribe dan ia akan memberi pengenalan asas kepada dunia kewartawanan bolasepak melalui kombinasi kajian kes, kerja lapangan dan juga tugasan-tugasan tertentu. Pelajar di bawah akademi ini akan diberi peluang untuk mempelajari faktor-faktor yang mempengaruhi dunia bolasepak moden dan juga proses membina konten yang menarik untuk para pembaca.

Sekiranya berjaya menjadi graduan akademi ini, para pelajar akan layak menyertai program ‘internship’ bersama Football Tribe untuk tiga bulan dan mungkin ditawarkan peluang untuk menyertai panel penulis Football Tribe secara penuh masa

Kami akan mendedahkan butiran tambahan berkenaan program ini dalam minggu-minggu yang akan datang!