Berita

Akan Datang: Edisi pertama Anugerah Bolasepak Football Tribe

Anda sudah bersedia?

Selepas berjaya melancarkan sepuluh edisi laman web Football Tribe di seluruh benua Asia tahun ini, termasuk Football Tribe Malaysia, kami berbangga untuk mengumumkan edisi pertama ‘Anugerah Bolasepak Football Tribe’ ataupun ‘Football Tribe Awards’.

Anugerah ini akan memberi pengiktirafan penting kepada pemain-pemain terbaik di Asia, melalui input yang diberikan oleh panel editorial kami. Para pemain akan diiktiraf melalui kategori-kategori berikut:

 

10 Pemain terbaik Asia di Eropah (Disember 24-25)

20 Pemain terbaik di Asia Tenggara (Disember 26-28)

30 Pemain terbaik di Asia (Disember 29-31)

2017 merupakan tahun yang cukup positif untuk bolasepak Asia dan 2018 bakal menjadi lebih bagus dengan kejohanan seperti Piala AFC B-23 tahun, Piala Asia Wanita, Piala Dunia FIFA, Sukan Asia dan juga Piala AFF Suzuki.

Kami tidak sabar untuk mendedahkan pilihan kami untuk anugerah-anugerah tersebut serta mendengar pandangan daripada jutaan pembaca kami di luar sana!