
Aksi unifi Liga Super Malaysia akan kembali pada hujung minggu ini dengan 12 pasukan yang cukup bersedia untuk memberi cabaran yang sengit demi aspirasi menjadi juara.
Namun kali ini, para peminat bola sepak Malaysia akan disajikan dengan siaran langsung untuk setiap perlawanan, berbanding dengan satu atau dua perlawanan dalam tahun-tahun sebelum ini.
Melalui perjanjian di antara Football Malaysia LLP (FMLLP) dan juga iflix, kesemua 132 perlawanan unifi Liga Super akan ditayangkan di platform iflix. Namun, empat daripada enam perlawanan tersebut juga boleh disaksikan melalui saluran RTM TVi, TV9 dan juga unifi TV.
Berikut adalah senarai penuh siaran langsung untuk Matchday pertama unifi Liga Super 2018!