Malaysia Liga Super Malaysia

Revolusi Bolasepak Malaysia: Ini seruan pengasas iflix kepada syarikat Telco di tanah air

Ketua CEO dan Pengasas Bersama Kumpulan iflix, Mark Britt telah menyeru semua syarikat telekomunikasi di Malaysia untuk mengurangkan kos penggunaan data, selepas menandatangani perjanjian yang bersejarah bersama Football Malaysia LLP hari ini.

iflix akan bekerjasam dengan FMLLP untuk menyediakan penstriman secara langsung perlawanan Liga-M, termasuk kesemua 132 perlawanan Liga Super dan juga kesemua perlawanan Piala Malaysia, tahun ini.

Melalui perjanjian tersebut, peminat bolasepak Malaysia perlu membayar RM10 untuk menjadi pelanggan iflix sebelum menyaksikan perlawanan Liga-M secara percuma.

“Dunia kita sedang berubah dengan ketara. Kini, Malaysia hanya mempunyai 8 juta TV di seluruh negara, berbanding dengan 20 juta telefon pintar. Jurang tersebut dijangka akan meningkat dalam tahun-tahun yang akan datang.

“Di iFlix, kami komited untuk memberikan yang terbaik dalam membantu revolusi bolasepak ini. Dan saya ingin menyeru kepada semua syarikat telekomunikasi di Malaysia untuk turut membantu mengembalikan bolasepak kepada rakyat.

“Kami akan menyediakan perkhidmatan ini secara percuma. Dan saya menyeru kepada semua syarikat telco untuk mengurangkan kos penggunaan data supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati peluang ini,” tambah Patrick Grove.

Dengan lebih dari satu billion pengguna di 25 wilayah di seluruh Asia, Timur Tengah dan Afrika, iFlix telah menetapkan dirinya sebagai pemimpin pasaran dalam penstriman video. Disajikan kepada pengguna, sebuah perpustakaan besar Hollywood, Asia dan Timur Tengah, serta rancangan TV dan filem tempatan, termasuk banyak program ekslusif dan program yang memenangi anugerah.

Setiap langganan membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan sehingga lima peranti, termasuk telefon, komputer riba, tablet dan televisyen di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.