Kolum Eropah

Cerita disebalik kucupan ditangan Suarez ketika meraikan jaringan

Setiap pemain bola sepak pasti memiliki gaya sambutan jaringan yang tersendiri. Antara contoh pemain yang mempunyai gaya menarik meraikan gol seperti Paul Pogba, Kylian Mbappe, dan Paulo Dybala.

Ada juga pemain yang mencium cincin di jari untuk menandakan gol itu dihadiahkan kepada pasangan masing-masing. Pernahkah anda melihat gaya Luis Suarez meraikan jaringan gol?

(Photo by Pressinphoto/Icon Sport via Getty Images)

Pemain Uruguay ini akan mencium cincin di jari, pergelangan tangan, dan tiga jari. Apakah simbolik disebalik semua ciuman ini?

Satu per satu akan dijelaskan. Pertama, ciuman di jari itu ditujukan kepada isterinya, Sofia. Kedua, pada pergelangan tangan Suarez terdapat satu ukiran tatu yang tertera nama anak perempuan sulungnya, Delfina dan ciuman di pergelangan tangan itu sememangnya khas buat anak perempuan sulungnya. Ketiga, ciuman pada ketiga-tiga jarinya pula didedikasikan buat tiga orang anaknya.

Keluarga merupakan satu elemen penting dalam hidup Suarez. Pemain Barcelona ini memulakan karier bersama pasukan di Belanda, FC Groningen. Dalam pada masa yang sama, isterinya banyak membantu sejak dari zaman muda. Setakat ini, Suarez telah menyumbat enam gol daripada lapan penampilan musim ini.

Jadi, benarlah kata-kata yang mengatakan bahawa disebalik kejayaan seorang lelaki, terdapat seorang wanita dibelakangnya.